AM

ANUGERAH MFMPA AKAN BERLANGSUNG PADA 29 FEB

27/01/2024 12:47 AM

KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) -- Persatuan Fesyen, Pemodelan dan Pageant Malaysia (MFMPA) akan menganjurkan Anugerah MFMPA yang dijadualkan pada 29 Feb di Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC).

Presiden MFMPA Dr Jason Hee berkata Anugerah MFMPA akan mengiktiraf penyumbang berpotensi, semasa dan terdahulu dalam industri fesyen, pemodelan, pertandingan ratu cantik dan industri berkaitan di Malaysia. 

Hee yang juga pengasas Miss Malaysia Kebaya (MMK) diberi tanggungjawab untuk mengendalikan Anugerah MFMPA membabitkan 60 anugerah yang akan disampaikan kepada calon-calon yang telah menyumbang kepada industri. 

"Kami mempunyai kategori fesyen, pemodelan, pertandingan dan industri berkaitan. Bagi kategori fesyen kami mempunyai pereka fesyen, kurator fesyen dan semua kategori ini adalah di bawah fesyen. Malah kategori kanak-kanak," katanya pada sidang media MFMPA di sini hari ini.

Hee berkata kategori itu merangkumi fesyen, pemodelan, pertandingan, pengurusan acara, mekap, dandanan rambut, media, agensi perhubungan awam, syarikat produksi, pereka grafik, pelakon dan sektor berkaitan hiburan.

“Matlamatnya adalah untuk menggalakkan sumbangan berterusan kepada negara, memupuk kerjasama dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk meningkatkan pelancongan tempatan, budaya dan industri hiburan," kata Hee.

Panel hakim terkemuka termasuk Bon Zainal, Amber Chia, Carrie Lee, Datin Winnie Loo, Datin Maylene Yong, Datuk Nancie Foo, Dr Bala, Carol Lee dan Teresa Dian Chew. 

Pencalonan ditutup pada 7 Feb ini. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Hee di talian 012-9211 486 atau Nicole (012-611 6752) atau e-mel missmalaysiakebaya@yahoo.com.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan