KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan video, hantaran atau mesej yang menyalahgunakan nama, logo atau nama pegawai kanannya.
Dalam satu kenyataan menerusi platform media sosial X (sebelum ini dikenali sebagai Twitter) hari ini, BNM berkata tindakan akan diambil terhadap pelaku.
“Sentiasa ingat, BNM tidak mempromosikan mana-mana skim pelaburan. Jika ragu-ragu, hubungi BNMLINK melalui http://bnmlink.bnm.gov.my,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial