DUNIA

Angka Korban Di Gaza Kini Cecah 23,357 Orang

11/01/2024 10:02 AM

BANDARAYA GAZA (Palestin), 11 Jan (Bernama-AA) -- Jumlah korban akibat serangan rejim Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lepas, meningkat kepada 23,210 orang, menurut Kementerian Kesihatan pada Selasa.

Kementerian itu dalam satu kenyataan memaklumkan sekurang-kurangnya 59,167 lagi cedera.

Agensi Anadolu melaporkan sejumlah mangsa masih berada di bawah runtuhan dan di jalan-jalan raya kerana ambulans tidak dapat masuk ke lokasi serangan disebabkan serangan udara dan darat bertubi-tubi yang dilancarkan tentera Israel. 

Serangan berterusan rejim itu turut memusnahkan  60 peratus infrastruktur di Gaza manakala hampir dua juta penduduk hilang tempat tinggal.

Penduduk juga bergelut dengan kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan. 

-- AGENSI BERNAMA-ANADOLU


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan