AM

Peperiksaan Sekolah Agama Di Johor Ditangguh Bagi Sekolah Terjejas Banjir, Jadi Pps

07/01/2024 11:39 PM

JOHOR BAHRU, 7 Jan (Bernama) -- Peperiksaan Penggal Kedua bagi Tahap 1 dan 2 Sekolah Agama Kerajaan Johor ditangguhkan bagi sekolah yang terjejas banjir atau dijadikan pusat pemindahan sementara (PPS).

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor Mohd Fared Mohd Khalid menerusi Facebook rasmi beliau malam ini berkata peperiksaan itu yang bermula 3 Jan lepas, dijadualkan berlangsung hingga 18 Jan ini.

“Walau bagaimanapun berikutan bencana banjir, sekolah yang terlibat sama ada mengalami banjir atau dibuka sebagai PPS, peperiksaan tersebut ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan oleh pihak Ibu Pejabat Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Johor,” katanya. 

Setakat 10 malam ini, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan jumlah mangsa banjir di Johor terus meningkat kepada 3,744 orang berbanding 3,322 orang yang direkodkan pada 9 malam.

Sebanyak 45 PPS dibuka di enam daerah yang terjejas dengan Kota Tinggi mencatatkan mangsa tertinggi iaitu 1,871 orang daripada 492 keluarga. 

-- BERNAMA

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan