BERITA TERGEMPAR | Thailand's Constitutional Court Tuesday suspended PM Paetongtarn pending deliberation of a leaked phone call case | |
DUNGUN, 5 Jan (Bernama) -- Seorang remaja lelaki berumur 16 tahun ditemukan lemas ketika mandi-manda bersama tiga rakannya di kawasan paya berhampiran Pantai Rantau Abang di sini hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Dungun Sharizal Shamsudin berkata mayat Muhammad Hazrie Ezani Abdullah, yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Rantau Abang, ditemukan oleh Pasukan Penyelamat di Air pada 6.10 petang.
Beliau berkata mayat mangsa yang ditemukan pada kedalaman empat meter menggunakan kaedah pencarian di permukaan itu telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
"Pada 5.13 petang tadi, pihak bomba menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan seorang remaja telah hilang dihanyutkan air ketika mandi-manda bersama tiga rakannya di kawasan sekitar Pantai Rantau Abang.
"Seramai 22 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Dungun, Chukai serta Kuala Terengganu telah dikejarkan ke lokasi kejadian bersama empat jentera untuk operasi mencari dan menyelamat," katanya ketika dihubungi hari ini.
Sharizal turut menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan menghentikan seketika aktiviti air di kawasan berisiko buat masa ini kerana monsun timur laut atau musim tengkujuh belum berakhir.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial