AM

BANJIR: DUA JALAN DI MERSING DITUTUP UNTUK SEMUA KENDERAAN

05/01/2024 12:45 PM

MERSING, 5 Jan (Bernama) -- Jalan Kampung Orang Asli Peta dan Jalan Tenggaroh Timur-Tanjung Leman, di sini ditutup untuk semua kenderaan susulan dinaiki air banjir setinggi 0.15 meter.

Ketua Polis Daerah Mersing Supt Abdul Razak Abdullah Sani berkata bagaimanapun pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan alternatif untuk ke Kampung Orang Asli Peta dengan melalui Ladang Mutiara-Paloh. 

"Polis menyeru orang ramai supaya mematuhi nasihat pihak berkuasa termasuk berkaitan penutupan jalan bagi mengelak insiden tidak diingini seperti dihanyutkan arus. 

"Selain itu, boleh dapatkan maklumat terkini dengan menghubungi Pusat Kawalan Operasi Bencana daerah atau pun Polis Diraja Malaysia, " katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi. 

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Tan Sri Azmi Rohani memaklumkan di Kota Tinggi, Jalan Sri Perani hanya dibuka satu lorong bagi kenderaan ringan berikutan dinaiki air hingga 0.3 meter.

"Jalan Kimlong yang dinaiki air hingga paras 0.2 meter pula tidak digalakkan untuk dilalui oleh motosikal kerana arus deras dan hanya satu laluan dibuka, " katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata setakat 8 pagi ini, sebanyak 1,484 orang daripada 385 keluarga direkodkan terjejas banjir melibatkan daerah Kota Tinggi, Kluang, Johor Bahru dan Mersing dengan 13 pusat pemindahan sementara dibuka sejak semalam. 

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan