SINGAPURA, 31 Dis (Bernama-Xinhua) -- Presiden Singapura Tharman Shanmugaratnam semasa menyampaikan ucapan Selamat Tahun Baharu melalui media sosial pada Ahad menyeru supaya usaha diambil untuk menjadikan negara pulau itu sebagai tempat semua orang dihormati.
Sambil mengulangi slogan kempen pilihan raya presiden, "menghormati semua", Tharman mengajak masyarakat untuk meningkatkan rasa hormat terhadap individu daripada pelbagai kaum dan agama dengan memupuk hubungan yang lebih erat dan bukannya masing-masing mengikut haluan sendiri, lapor Xinhua.
Presiden itu berjanji untuk berusaha bersama kerajaan, masyarakat sivil dan rakyat Singapura untuk membina budaya saling menghormati yang lebih mendalam dan berkekalan pada masa hadapan.
Beliau juga berjanji untuk menampilkan pandangan rasional Singapura semasa dunia berpecah belah.
-- BERNAMA-XINHUA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial