AM

Amaran Hujan Berterusan Tahap Buruk Di Johor Hingga Esok

21/12/2023 10:53 PM

KUALA LUMPUR, 21 Dis (Bernama) -- Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) malam ini mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di beberapa kawasan di Johor hingga esok.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan amaran hujan lebat berterusan di Johor itu melibatkan kawasan Mersing dan Kota Tinggi.

Dalam kenyataan sama, amaran hujan berterusan tahap waspada turut dikeluarkan di empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang yang dijangka berlaku hingga Isnin ini, manakala Johor dijangka mengalami hujan berterusan hingga esok.

Di Pahang, lokaliti yang tersenarai meliputi kawasan Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin, manakala kawasan dijangka mengalami hujan berterusan di Johor adalah Kluang, Kulai dan Johor Bahru.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan