KUALA LUMPUR, 8 Dis (Bernama) -- Kerugian bersih Serba Dinamik Holdings Bhd berkurangan kepada RM80.67 juta pada suku pertama berakhir 30 Sept 2023 daripada kerugian bersih RM104.60 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas disokong oleh kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pentauliahannya (EPCC), ia merupakan satu-satunya segmen yang tidak mengalami kerugian pada suku di bawah kajian.
Bagaimanapun, perolehan merosot kepada RM13.75 juta daripada RM213.58 juta sebelumnya.
Serba Dinamik dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini selain perniagaan EPCC, semua perniagaan lain merosot pada suku pertama tahun kewangan diterajui oleh segmen operasi dan penyelenggaraan (O&M) yang mencatatkan peningkatan kerugian kasar sebanyak RM49.35 juta daripada RM53.15 juta pada suku yang sama tahun lepas.
Ia berkata segmen pendidikan dan latihan (E&T) dan perkhidmatan lain mengalami kerugian kasar RM4.97 juta pada suku pertama tahun kewangan 2024 berbanding keuntungan kasar RM322,000 pada suku pertama tahun kewangan manakala kerugian kasar perniagaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) naik kepada RM253,000 daripada kerugian kasar RM117,000 pada suku yang sama tahun lepas.
Serba Dinamik berstatus syarikat Nota Amalan (PN17) itu berkata perbelanjaan korporat dan penghapusan penyatuan turut mencatatkan kerugian kasar RM22.11 juta pada suku pertama tahun kewangan 2024 berbanding kerugian kasar RM67.24 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
"Mengenai pembahagian geografi, rantau Asia Tenggara menyumbang RM5 juta pada suku tersebut, yang kebanyakannya adalah hasil yang dijana di Malaysia," katanya.
Ia berkata di peringkat antarabangsa, syarikat itu tidak mencatatkan hasil di Timur Tengah tetapi mencatat pendapatan RM8.7 juta dari Eropah melalui anak syarikatnya.
Melangkah ke hadapan, Serba Dinamik berkata lembaga pengarah menjangkakan operasi syarikat akan kekal mencabar berikutan ketidaktentuan ekonomi global serta cabaran semasa yang dihadapi syarikat daripada perspektif kecairan.
Ia berkata segmen O&M akan kekal sebagai kecekapan terasnya dan menyediakan asas operasinya.
“Dengan kumpulan itu diklasifikasikan sebagai syarikat PN17, lembaga itu berjanji untuk menyelesaikan isu yang sedang berjalan termasuk pelan penstrukturan dan penyusunan semula, demi pihak berkepentingan,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial