KOTA BHARU, 21 Nov (Bernama) -- Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud telah mengarahkan semua agensi dan wakil rakyat di negeri itu agar mengambil langkah perlu bagi membantu penduduk di kawasan masing-masing susulan hujan berterusan yang boleh mengakibatkan banjir.
Beliau berkata Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) turut meramalkan kejadian banjir akibat limpahan air sungai sekiranya hujan yang signifikan terus berlaku di Kelantan.
Malah menurut beliau, beberapa sungai termasuk Sungai Golok dan Sungai Jawi di Pasir Mas, Sungai Kelantan serta Sungai Semerak di Pasir Puteh telah menunjukkan kenaikan.
“Saya menyeru seluruh rakyat Kelantan agar sentiasa peka kepada situasi cuaca. Patuhi arahan pihak berkuasa terutama arahan untuk berpindah, awasi keselamatan ahli keluarga, kanak-kanak dan orang tua.
“Sama-sama kita menunaikan solat hajat dan berdoa kepada Allah SWT untuk memohon keselamatan dan kesejahteraan agar negeri kita dilindungi daripada banjir besar,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial