KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Perjuangan wakil tunggal negara di kejohanan badminton Masters Jepun 2023 berakhir apabila tewas kepada pencabar dari China dalam saingan separuh akhir di Kumamoto Prefectural Gymnasium, sebentar tadi.
Beregu profesional negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi bermula cemerlang apabila menguasai set pertama mengatasi pasangan Li Yu Chen-Ou Xuan Yi dengan 21-16.
Gandingan China yang diletakkan sebagai pilihan ketujuh itu bagaimanapun bangkit pada set kedua 22-20 untuk mengheret ke perlawanan penentuan sebelum menyingkirkan Yew Sin-Ee Yi 21-17.
Ini merupakan kekalahan ketiga di separuh akhir pasangan negara selepas terkandas di separuh akhir Terbuka Switzerland (Mac) dan Terbuka Taiwan (Jun).
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial