SUKAN

19 Pasukan Sertai Rmsir Edisi Ke-33

17/11/2023 11:03 PM

KLANG, 17 Nov (Bernama) -- Sebanyak 19 pasukan melibatkan 200 kru kapal akan berentap dalam edisi ke-33 kejohanan Regatta Antarabangsa Raja Muda Selangor (RMSIR) bermula esok.

Perlumbaan selama lapan hari itu akan bermula dari Pelabuhan Klang menuju ke Pulau Pangkor, Perak seterusnya Pulau Pinang dan berakhir di Pulau Langkawi. 

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim berkata penganjuran sukan pelayaran di negara ini sudah pasti mampu memperkenalkan negara Malaysia di peringkat antarabangsa kerana sukan berkenaan mempunyai pengikutnya tersendiri. 

“Ini adalah (antara) paling tua di rantau Asia dan sangat berprestij, jadi mampu angkat martabat sukan pelayaran. Kita tahu sukan pelayaran telah banyak mengharumkan nama negara dan (antara) sukan tumpuan bukan (hanya) tempatan tetapi juga antarabangsa. 

“…. Selangor dan Malaysia mempunyai ekosistem (tempat) subur untuk menganjurkan sukan pelayaran, jadi saya hargai usaha pelancongan negeri Selangor untuk menyumbang kepada ekonomi setempat menerusi acara sukan,” katanya selepas merasmikan RMSIR di Kleab Pelayaran Diraja Selangor di Pelabuhan Klang, malam ini.

Antara peserta luar negara adalah dari  Singapura, Thailand, Hong Kong dan Australia.

-- BERNAMA 

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan