KANGAR, 8 Nov (Bernama) -- Hampir 1,000 orang termasuk wakil dan ahli daripada 46 badan bukan kerajaan (NGO) di Perlis menyertai Himpunan Aman Solidariti Rakyat Untuk Palestin di perkarangan Masjid Alwi di sini, hari ini.
Setiausaha Pertubuhan Kebajikan Muafakat Perlis (MUAFAKAT) Abd Agfarnizar Abd Wahab yang mewakil penganjur berkata himpunan berkenaan sebagai simbolik sokongan NGO di negeri itu terhadap rakyat Palestin yang kini berdepan kekejaman rejim Israel.
"Semua NGO ini dihimpunkan untuk menyatakan satu suara menentang Israel laknatullah yang telah membunuh rakyat Palestin di Gaza...hari ini kami berkumpul sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin dengan berdoa dan mengibarkan bendera Palestin," katanya kepada pemberita selepas himpunan itu hari ini.
Abd Agfarnizar berkata NGO itu antaranya terdiri daripada NGO Islam, kebajikan, komuniti serta pertubuhan silat.
"Mahu ke sana (Palestin) dan berjuang angkat senjata mungkin kita tidak mampu, tapi inilah sebahagian jihad yang mampu dibuat, kita kena bangkit tunjukkan kita juga berjuang untuk membantu mereka," katanya menambah penganjuran program sebegini juga dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang isu Palestin.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial