DUNIA

Nepal Larang Guna Aplikasi Tiktok

15/11/2023 12:46 AM

ANKARA, 14 Nov (Bernama-Anadolu) -- Kerajaan Nepal melarang penggunaan aplikasi perkongsian video TikTok di negara itu berikutan kesan negatifnya terhadap keharmonian sosial.

Keputusan yang dibuat pada mesyuarat Kabinet pada Isnin itu dijangka dilaksanakan sebaik sahaja persiapan teknikal selesai, lapor Agensi Anadolu, memetik akhbar harian Kathmandu Post.

Minggu lepas, Nepal mewajibkan syarikat media sosial lain termasuk Facebook, X dan YouTube supaya membuka pejabat di negara itu dalam tempoh tiga bulan.

Pihak berkuasa juga mengarahkan semua platform media sosial mendaftar dengan Kementerian Penerangan sebelum tarikh akhir yang ditetapkan.

Menurut laporan itu, kerajaan memberi amaran bahawa mereka boleh menutup platform yang tidak didaftarkan di Nepal.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan