AM

LEBIH 300 MANGSA BANJIR DI PERAK MASIH BERLINDUNG DI PPS

13/11/2023 10:05 AM

IPOH, 13 Nov (Bernama) -- Sebanyak 347 mangsa daripada 101 keluarga masih ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) berikutan banjir di daerah Hilir Perak dan Kerian, Perak. 

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak dalam satu kenyataan memaklumkan jumlah itu berkurang berbanding 349 penduduk daripada 103 keluarga malam tadi.

Di daerah Hilir Perak, 168 orang daripada 49 keluarga berada di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak manakala PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan pula menempatkan 65 orang daripada 21 keluarga.

"Di PPS Dewan Serbaguna Chikus pula menempatkan seramai 34 mangsa daripada lapan keluarga.

Bagi daerah Kerian pula, seramai 80 orang masih masih berada di dua PPS masing-masing 23 orang (empat keluarga) di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak dan 57 orang daripada 19 keluarga di di PPS SK Alor Pongsu.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula memaklumkan Sungai Bidor di Changkat Jong berada pada paras amaran 3.46 meter.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan kebanyakan daerah di Perak  mengalami ribut petir dan hujan kecuali di Bagan Datuk yang diramalkan cuaca baik pada sebelah malam.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan