AM

Gas Malaysia Berhad Beri Makan 250 Gelandangan, Komuniti Miskin Bandar

16/09/2023 11:00 AM

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- Gas Malaysia Berhad (Gas Malaysia) bersama Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (PERTIWI) melancarkan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) memberi makan kepada golongan gelandangan dan miskin bandar di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur, di sini hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Gas Malaysia Ahmad Hashimi Abdul Manap berkata program hari ini menyasarkan untuk memberi makan kepada kira-kira 250 gelandangan dan komuniti miskin bandar sekitar bandar raya ini.

"Kami percaya usaha kecil kami ini mampu membawa perubahan kepada komuniti tersebut terutamanya bagi komuniti kurang berkemampuan terdiri daripada gelandangan dan miskin bandar," katanya selepas pelancaran program itu, di sini hari ini.

Beliau berkata acara itu yang bermula hari ini diadakan sempena sambutan Hari Malaysia ke-60 esok.

Ahmad Hashimi program itu juga bertujuan mendedahkan pekerja mereka kepada projek-projek CSR bagi mengekalkan kualiti perniagaan serta sumbangan mereka kepada komuniti. 

"Cabaran membantu setiap individu gelandangan dan miskin bandar mungkin kelihatan seperti tugas yang sukar, namun kami yakin dengan menyelaraskan usaha-usaha mulia dilaksanakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti PERTIWI, kami boleh memberi impak kepada kehidupan gelandangan dan bekerja secara kolektif ke arah mewujudkan masyarakat yang lebih prihatin dan inklusif," katanya.

Beliau berkata Gas Malaysia berhasrat untuk memberi harapan kepada komuniti kurang berkemampuan menerusi program-program CSR, dan memberi makan kepada gelandangan dan miskin bandar adalah suatu peneguhan komitmen mereka terhadap kesejahteraan komuniti tersebut sebagai warga korporat.

Menurut Ahmad Hashimi, dua lagi sesi bagi program CSR yang sama akan diadakan pada 20 dan 29 Sept ini.  

-- BERNAMA 

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan