AM

Ksp Rmk12 Rungkai Tahap Pembangunan Negara, Sosioekonomi Rakyat - Anwar

11/09/2023 09:28 AM

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (KSP RMK12) yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini bakal merungkai pelbagai perkara berkaitan tahap pembangunan negara dan sosioekonomi rakyat untuk penggal 2021-2025.

Demikian menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam catatan menerusi Facebook beliau.

“Insya-Allah, pada 10 pagi sebentar lagi saya akan membentangkan KSP RMK12,” kata Anwar yang juga Menteri Kewangan.

Menurut takwim persidangan Dewan Rakyat menerusi laman rasmi Parlimen, pembentangan KSP RMK12 pagi ini akan diteruskan dengan sesi perbahasan oleh Ahli Parlimen selama tiga hari bermula esok diikuti jawapan oleh kementerian berkaitan pada 18 dan 19 Sept. 

Pembentangan KSP RMK12 akan disiarkan secara langsung menerusi YouTube Parlimen Malaysia dan beberapa saluran televisyen.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan