EKONOMI

Fahmi Akan Saksi Pemeteraian Mou Tm Global-sk Telecom, Lawatan Ke Samsung Hari Ini

06/09/2023 11:34 AM

Daripada Anas Abu Hassan

SEOUL, 6 Sept (Bernama) -- Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil akan menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara cabang perniagaan borong Telekom Malaysia Bhd (TM), TM Global dengan SK Telecom (SKT) dan menjadi antara acara utama bagi lawatan rasmi beliau di Korea Selatan pada Rabu.

MoU itu akan menumpukan pembangunan MultiAccess Edge Computing (MEC) yang bertujuan mempergiat usaha memacu inovasi dalam memajukan inisiatif Digital Malaysia.

Selepas majlis menandatangani MoU itu, Fahmi akan melawat T Factory oleh SKT di sini, gedung runcit dan pengalaman utama syarikat itu.

Gedung itu menyediakan pelbagai perkhidmatan inovatif daripada SKT serta ruang untuk penawaran interaktifnya khusus kepada generasi muda.

Sementara itu, menteri juga dijadual menyertai sesi libat urus dengan Samsung Electronics di ibu pejabat syarikat itu di sini pada sesi pagi.

Lawatan itu bertujuan mempertingkatkan perkongsian dinamik antara pengendali perkhidmatan mudah alih Malaysia, Maxis Bhd dan Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd, anak syarikat utama Samsung Electronics.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan