AM

140 Penumpang Feri Dari Langkawi Ke Kuala Perlis Terkandas Lima Jam

16/05/2023 08:36 AM

KANGAR, 16 Mei (Bernama) -- Seramai 140 penumpang  dan kru sebuah feri dari Langkawi ke Kuala Perlis terkandas hampir lima jam akibat kipas tersangkut pada tali hanyut kira-kira 8 malam tadi.

Menurut sumber Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) feri tersebut terkandas kira-kira  2.5 batu nautika barat daya Kuala Perlis.

"Aset APMM sudah dikerah ke lokasi kejadian bagi memantau kerja menunda yang dilakukan oleh syarikat feri berkenaan dan semua penumpang selamat tiba di Terminal Feri Kuala Perlis pada 12.20 tengah malam  tadi," katanya ketika dihubungi  pemberita malam tadi.

Sementara itu Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Kapten Baharin Baharom ketika dihubungi berkata feri itu terkandas ketika perjalanan berbaki hanya 0.9 kilometer.

"Kipas feri berkenaan tersangkut tali yang dipercayai hanyut di perairan berkenaan menyebabkan perjalanannya tergendala dan kami telah menghantar bot penunda dan semuanya selamat," katanya 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan