LABUAN, 14 Mei (Bernama) -- Dua beradik, Nadzmar Sukarno dan Shahdan daripada Persatuan Kanu Labuan muncul juara bagi kategori berpasangan lelaki dalam Cabaran Kayak Keliling Pulau Labuan 2023 kali ke-25 yang berakhir hari ini.
Pasangan itu mencatat masa 5 jam dan 56:44 saat (s) bagi membawa pulang hadiah wang tunai RM4,800.
Kemenangan itu menyaksikan Nadzmar dan Shahdan mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka dalam acara sama pada edisi 2019.
Cabaran Kayak Keliling Pulau Labuan sejauh 51.2 kilometer itu merupakan satu daripada tiga acara sempena Cabaran Laut Antarabangsa Labuan (LISC) ke-25, yang disertai peserta dari seluruh Malaysia dan luar negara.
Kategori berpasangan campuran pula dimenangi Nusaibah Syahida Ibrahim dan Mohd Azlan Ibrahim dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL A) dengan catatan masa 6:07:23s, tempat kedua Jiana Tosawi dan Nedzfar Sukarno daripada Persatuan Kanu Labuan (6:15:28s), manakala Halizam Md Sarudin dan Lee Shu Na juga daripada Persatuan Kanu Labuan tempat ketiga (6:19: 17s).
Kategori perseorangan lelaki terbuka dimenangi Mohd Noh Parmin daripada Persatuan Kanu Putrajaya dengan masa 5:55:52s, kedua Mohamad Nazrin Najib daripada Persatuan Kanu Kuala Lumpur (6:11:28s) dan ketiga Freddy Anggang daripada Polis Diraja Malaysia (6:18:48s).
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Rithuan Ismail hadir menyampaikan hadiah.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial