POLITIK

Rundingan Kerusi Pn Pada Prn Hampir 50 Peratus

30/04/2023 11:50 PM

LENGGONG, 30 April (Bernama) -- Rundingan pembahagian kerusi antara parti komponen Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kini hampir 50 peratus selesai.

Naib Presiden PAS Datuk Idris Ahmad berkata pihaknya akan mendapatkan maklumat lanjut daripada enam negeri terbabit berhubung perkara itu sebelum ia dimuktamadkan di peringkat pusat.

“Saya fikir sudah hampir 50 peratus (perbincangan) cuma buat waktu ini kita sedang perhalusi perkara berkaitan pertukaran kerusi dan sebagainya,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Perak di Arena Amanjaya Lawin di sini hari ini.

Beliau berkata jentera parti di pelbagai peringkat terutama di negeri-negeri yang tidak terlibat dengan PRN akan dikerah khususnya bagi membantu PN mengekalkan kemenangan di Kelantan, Terengganu dan Kedah. 

Sebelum ini, media melaporkan PRN membabitkan negeri Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan dijangka dilangsungkan serentak Jun ini.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan