SUKAN

DUA PEMAIN PENANG FC TERLIBAT KEMALANGAN PETANG TADI

27/04/2023 11:40 PM

BALIK PULAU, 27 April (Bernama) -- Dua pemain skuad bola sepak Penang FC terlibat dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Tun Sardon menghala ke Relau di sini petang tadi.

Bagaimanapun, kedua-dua pemain, yang dikenal pasti sebagai Muhamad Azmeer Aris Nor Rashid dan Mohammad Amer Azahar, dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pegawai Bomba Kanan II dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Balik Pulau Mohd Nasir Yahaya berkata pihaknya menerima panggilan pada 3.30 petang mengenai insiden sebuah lori tiba-tiba terbakar ketika menaiki jalan berbukit serta mengundur ke belakang.

"Lori itu terbakar dahulu dan kereta pemain ini berada 100 meter di bawah. Lori itu terbakar lebih kurang 85 peratus dan mengundur ke belakang sehingga terkena kereta pemain bola sepak terbabit.

"Kereta Honda HRV yang dinaiki pemain terbabit terbakar, tapi tak teruk. Kebakaran hanya berlaku kira-kira 35 peratus dan remuk di bahagian depan kanan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata kedua-dua pemain Penang FC berjaya menyelamatkan diri apabila bertindak keluar dari kereta yang mereka naiki.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan