DUNIA

Konflik Sudan: Thailand Sedang Buat Persiapan Untuk Pindahkan Rakyatnya

22/04/2023 12:04 AM

Oleh Linda Khoo Hui Li

BANGKOK, 21 April (Bernama) -- Thailand sedang membuat persiapan termasuk bekerjasama dengan kedutaan dan organisasi antarabangsa yang berkaitan mengenai kemungkinan untuk memindahkan rakyat  Thailand yang berada di Sudan.

Jurucakap Kementerian Luar (MFA), Kanchana Patarachoke berkata pada masa ini terdapat 250 rakyat Thailand menetap di Sudan, kebanyakannya pelajar Islam yang menuntut di International  University of Africa dan kesemuanya dilaporkan selamat.

“Kementerian Luar telah berunding dengan agensi berkaitan dan membuat persiapan yang perlu untuk memindahkan rakyat Thailand,” katanya dalam taklimat media pada Jumaat. 

Selain itu, beliau berkata kementerian telah meluluskan bantuan dalam bentuk bekalan yang diperlukan melalui Konsulat Kehormat Diraja Thailand di Khartoum. 

Keadaan di Sudan terutamanya di kebanyakan lokasi di Khartoum semakin meruncing susulan pertempuran antara Tentera Sudan (SAF) dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) yang bermula sejak 15 April lalu. 

Warga asing di Sudan masih belum dapat meninggalkan negara itu kerana Lapangan Terbang Antarabangsa Khartoum masih ditutup.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan