DUNIA

MALAYSIA ZAHIRKAN KEBIMBANGAN TERHADAP PERKEMBANGAN POLITIK DI TUNISIA - ZAMBRY

20/04/2023 10:23 AM

PUTRAJAYA, 20 April (Bernama) -- Malaysia menzahirkan kebimbangan serta kegusaran terhadap perkembangan mutakhir politik di Tunisia, kata Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata Malaysia mengikuti secara dekat perkembangan semasa di negara berkenaan termasuk penahanan beberapa individu utama, antaranya pemimpin Ennahda, Rached Ghannouchi dan bekas Speaker Dewan Perwakilan, Rached Ghannouchi.

“Meskipun ia merupakan isu dalaman sesebuah negara, namun Malaysia tetap prihatin terhadap perkembangan politik terkini di negara ini.

“Melihat kepada tahap kesihatan dan umur beliau, kami berharap agar pertimbangan khas dan belas ihsan diberikan kepada Rached Ghannouchi di bulan Ramadan yang mulia ini,” kata Zambry dalam satu kenyataan, hari ini.

Malaysia berharap perdamaian dan konsensus nasional akan menjadi jalan ke arah membawa kemajuan dan kemakmuran bagi rakyat Tunisia, katanya.

“Kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Tunisia dan rakyatnya,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan