KUALA LUMPUR, 19 April (Bernama) -- Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama lancar setakat 8 malam ini walaupun berlaku pertambahan kenderaan menjelang sambutan Aidilfitri.
Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi berkata aliran trafik dari ibu negara menghala ke Negeri Sembilan, Melaka dan Johor adalah lancar.
“Trafik hanya perlahan dari arah utara, dari Tapah ke Gopeng disebabkan peningkatan kenderaan dan hanya lancar di Jalan Persekutuan,” katanya.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) pula berkata aliran trafik bergerak perlahan sebelum masuk ke Plaza Tol Gombak arah Kuantan, Pahang.
Beliau berkata aliran trafik juga bergerak perlahan dari arah utara Tapah ke Gua Tempurung (kawasan mendaki), Bidor ke perhentian Rehat & Rawat Tapah, Perak manakala aliran trafik Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan 2 pula lancar di kedua-dua arah.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial