DUNIA

CICPE TAMPILKAN PRODUK ISTIMEWA KELUARAN XINJIANG

15/04/2023 05:06 PM

HAIKOU, 14 April (Bernama) -- Lebih 150,000 pengunjung terdiri pedagang dan pembeli profesional telah mengunjungi Ekspo Produk Pengguna Antarabangsa China (CICPE) edisi ketiga sejak ia dibuka di Haikou pada Isnin lalu.

Pavilion Xinjiang terdiri daripada empat kawasan pameran dan mempamerkan lebih 100 jenis produk istimewa keluaran Xinjiang.

Antaranya ialah produk tekstil yang dibuat daripada kapas Xinjiang, kacang dan produk tenusu dan berjaya mendapat sambutan menggalakkan daripada pengunjung.

Xinjiang mempunyai musim salji paling panjang di China dan kaya dengan pemandangan alam yang memukau.

Pada dua bulan pertama tahun ini, bilangan pelancong yang melawat Xinjiang melebihi 23 juta, membawa keuntungan bernilai RMB17.84 bilion (RM11.44 bilion).

Jumlah penjualan runcit produk awam pula merekodkan RMB57.76 bilion (RM37.04 bilion), menyaksikan kerancakkan pasaran penggunaan di Xinjiang.

Naib Ketua Pengarah Jabatan Perdagangan Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, He Guoqing berkata pada tahun ini kempen “promosi penggunaan” akan dilancarkan yang menyaksikan pemberian subsidi kepada komoditi pukal seperti kereta dan barangan elektrik kegunaan rumah untuk memacu pasaran penggunaan di wilayah itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan