EKONOMI

Ltat Jual 112.56 Juta Saham Affin Bank Kepada Entiti Kerajaan Negeri Sarawak

13/04/2023 09:33 PM

KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Affin Bank Bhd mengesahkan yang Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) telah menjual 112.56 juta saham dalam bank itu kepada Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak pada harga RM221.74 juta menerusi transaksi perniagaan secara langsung.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, bank itu berkata ia menjual saham itu, yang mewakili 4.95 peratus daripada jumlah saham terbitan, dengan pertimbangan tunai RM1.97 sesaham.

“Ini bagi menjelaskan artikel media bertajuk ‘LTAT jual lima peratus kepentingan dalam Affin Bank kepada Negeri Sarawak,’ yang disiarkan dalam The Edge Malaysia pada minggu keluaran 3 April hingga 9 April, 2023,” katanya.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan