KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau menjalani pemeriksaan di Institut Jantung Negara (IJN) di sini, pagi tadi.
Menurut beliau selesai pemeriksaan itu, doktor mengesahkan kesihatannya berada pada tahap yang baik.
“Saya langsung menyambung tugasan bersama staf,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasmi beliau hari ini.
Terdahulu, Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar dilapor berkata Anwar dijadual menghadiri sambutan Thaipusam di Batu Caves pagi tadi, namun tidak dapat berbuat demikian kerana beliau tidak sihat.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial