DUNIA

AS tembak jatuh ‘belon pengintip China’

05/02/2023 10:47 AM

ANKARA, 5 Feb (Bernama) -- Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu menembak jatuh objek yang disyaki sebagai ‘belon pengintip China’ yang dikesan berada dalam ruang udara AS di pantai Carolina Selatan.

Operasi untuk mendapatkan serpihan belon yang jatuh ke dalam Lautan Atlantik kini sedang dijalankan, lapor Agensi Anadolu.

Setiausaha Pertahanan Lloyd Austin berkata tindakan itu dibuat atas arahan Presiden AS Joe Biden.

Pada Rabu, Biden memberikan kebenaran untuk ‘menurunkan’ belon pengawasan itu sebaik sahaja misi itu dapat dicapai tanpa mendatangkan sebarang risiko yang tidak wajar kepada rakyat Amerika, katanya.

Kejadian itu telah mencetuskan ketegangan diplomatik, dengan Washington mendakwa China telah melanggar kedaulatannya manakala Beijing memaklumkan bahawa "belon udara itu digunakan untuk penyelidikan" dan telah tersasar ke ruang udara AS.

Setiausaha Negara Antony Blinken menangguhkan perjalanan ke China berikutan insiden itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan