SUKAN

Wai Ching raih kemenangan keempat di AS

09/10/2022 11:04 PM

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) -- Jaguh larian menara Soh Wai Ching meraih kemenangan keempat berturut-turut di Amerika Syarikat (AS) selepas menjuarai Tunnel to Towers Climb Tampa Florida, semalam.

Atlet berusia 28 tahun itu melakukan catatan 3 minit 47 saat untuk mengatasi rekod Troy Alston dari AS 4:12s melengkapkan larian 39 tingkat dengan 861 anak tangga (ketinggian 142 meter).

Wai Ching melahirkan kegembiraan kerana mencapai matlamat untuk memenangi perlumbaan terakhirnya dengan cemerlang.

“Sangat gembira memenangi semua perlumbaan. Saya ingin berterima kasih kepada penaja kerana menyokong saya untuk empat perlumbaan dalam masa sembilan hari! Ia adalah perjalanan yang sangat sukar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 30 Sept lepas Wai Ching menjuarai Larian Menara US Bank di Los Angeles diikuti Pertandingan Mendaki Anak Tangga Space Needle, Seattle pada 2 Okt dan mempertahankan kejuaraan pada kejohanan Empire State Building Run-Up (ESBRU) di New York, Khamis lepas.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan