BERITA TERGEMPAR   Malaysia hopes ASEAN-Canada Free Trade Agreement negotiations can be concluded soonest possible for mutual benefit - PM Anwar | 
 POLITIK

Konvensyen Pakatan Harapan di Ipoh 29 Okt ini

08/10/2022 08:59 PM

IPOH, 8 Okt (Bernama) -- Konvensyen Pakatan Harapan (PH) akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Ipoh (IICC), di sini pada 29 Okt ini, kata Pengerusi PH Perak Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.

Beliau berkata konvensyen sehari itu dijangka dihadiri kira-kira 5,000 peserta, termasuk beberapa pemimpin utama PH termasuk Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Lima perkara utama bakal diumumkan menerusi konvensyen berkenaan iaitu calon Perdana Menteri dari PH, pembahagian kerusi antara parti komponen PH di seluruh negara, manifesto pilihan raya, lagu tema serta maskot yang akan digunakan semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)," katanya pada sidang media di Wisma Parti Amanah Negara (Amanah) di sini hari ini.

Beliau berkata sempena konvensyen itu, PH turut menganjurkan Jelajah PH di empat kawasan parlimen di negeri ini iaitu Parit Buntar, Lumut, Tambun dan Tapah.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan