AM

SATU PPS DI KLUANG DITUTUP, MANGSA BANJIR BERKURANGAN

04/10/2022 08:32 PM

JOHOR BAHRU, 4 Okt (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir kilat di Johor menurun kepada 79 mangsa setakat 8 malam ini berbanding 114 tengah hari tadi susulan penutupan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Kampung Renggam, Kluang petang tadi.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam kenyataan memaklumkan penutupan PPS tersebut sekali gus menjadikan hanya dua PPS sahaja yang masih beroperasi sehingga kini.

Menurut JPBD, dua PPS yang masih dibuka membabitkan dua daerah iaitu di Kluang dan Pontian iaitu di Kluang, seramai 47 mangsa dipindahkan ke PPS SK Sungai Linau.

“Sementara itu, di Pontian hanya PPS SK Melayu Raya yang masih dibuka yang menempatkan 32 mangsa dari Kampung Sri Gambut, Kampung Paya Embun, Kampung Melayu Raya dan Kampung Sri Menanti.

“Banjir kilat di negeri ini berlaku disebabkan hujan lebat melebihi dua jam sejak 10 pagi, kelmarin (2 Okt),” menurut kenyataan itu, hari ini.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan