DUNIA

Vietnam benam Thailand, hadapi Malaysia di perlawanan akhir bola sepak antarabangsa B19

10/08/2022 12:57 PM

HANOI, 10 Ogos (Bernama) -- Vietnam menewaskan Thailand 1-0 dalam perlawanan ketiga Kejohanan Antarabangsa B19 2022 di wilayah selatan Vietnam, Binh Duong pada Selasa.

Meskipun sudah menempah tiket ke pusingan akhir, pasukan Vietnam tetap bermain dengan keazaman tinggi, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Dinh Bac berjaya menjaringkan gol pada minit ke-14, membolehkan pasukannya mengawal perlawanan.

Pada minit-minit akhir, Thailand mencipta beberapa situasi berbahaya namun gagal membuat jaringan, perlawanan kekal 0-1 hingga wisel penamat. Keputusan itu menyingkirkan Thailand daripada kejohanan itu.

Dengan tiga kemenangan berturut-turut, Vietnam akan menentang Malaysia pada pusingan akhir Khamis ini.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan