AM

ANNUAR PERSEMBAH KEPADA AGONG PERSIAPAN SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2022

09/08/2022 07:21 PM

KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenaan menerima menghadap Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa di Istana Negara hari ini.

Menurut Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) menerusi perkongsian Facebook rasmi, dalam pertemuan selama hampir sejam itu, Annuar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 (HKHM 2022) mempersembahkan kepada Al-Sultan Abdullah persiapan sambutan Hari Kebangsaan 2022 yang akan diadakan pada 31 Ogos di Dataran Merdeka di sini. 

Turut hadir pada majlis menghadap itu adalah Ketua Setiausaha K-KOMM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Teknikal HKHM 2022 Datuk Seri Mohammad Mentek. 

Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 bertemakan “Keluarga Malaysia Teguh Bersama”. 

Sambutan Hari Malaysia akan diadakan di Melaka pada 16 Sept ini.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan