BIRMINGHAM, 8 Ogos (Bernama) -- Pasangan Rachel Arnold-Aifa Azman menghadiahkan pingat gangsa buat kem negara dalam acara beregu wanita skuasy pada Sukan Komanwel 2022 Birmingham di sini hari ini.
Rachel-Aifa menewaskan rakan sepasukan Noor Ainaa Amani Ampandi-Chan Yiwen 2-0 (11-3, 11-9) pada saingan penentuan pingat gangsa yang berlangsung di Pusat Skuasy dan Hoki, Universiti Birmingham.
Gandingan Joelle King-Amanda Landers-Murphy dari New Zealand memenangi pingat emas selepas menumpaskan pasangan dari England Sarah-Jane Perry dan Alison Waters, 2-0 (11-8, 11-8).
Sementara itu, Ng Eain Yow-Ivan Yuen kempunan untuk meraih gangsa apabila tumpas kepada pasangan dari Scotland Greg Lobban-Rory Stewart 0-2 (10-11, 6-11) pada aksi penentuan tempat ketiga.
Pingat emas dan perak menjadi milik tuan rumah, England menerusi James Willstrop-Declan James yang menewaskan rakan senegara Adrian Waller-Daryl Selby, 2-1 (11-3, 7-11, 11-9).
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial