EKONOMI

Ceburi IOT, e-dagang adalah kepelbagaian untuk saluran perniagaan baharu, kata Metronic

08/08/2022 09:50 PM

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Metronic Global Bhd (Metronic) berkata penerokaan ke dalam Internet Benda (IOT), teknologi logistik dan e-dagang tidak sama dengan kepelbagaian dalam operasi berhubung dengan keperluan penyenaraian Pasaran Utama tetapi ia hanya kepelbagaian untuk saluran perniagaan baharu.

Syarikat itu dalam maklum balas kepada pertanyaan Bursa Malaysia berkata jumlah pelaburan tersebut adalah kurang daripada 35 peratus.

“Selain itu, hasil yang akan dijana daripada platform dalam bentuk yuran dan komisen pedagang juga dijangka kurang daripada 25 peratus daripada hasil syarikat,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Metronic menjangkakan untuk menjana jumlah perolehan barangan perisian kasar sebanyak RM100 juta dalam tempoh lima tahun akan datang susulan daripada unitnya, Metronic Integrated System Sdn Bhd menceburi dalam IOT, teknologi logistik dan e-dagang.

"Kami ingin menekankan bahawa kebanyakan barangan adalah berkaitan dengan perkhidmatan dan produk kejuruteraan syarikat, ia termasuk peralatan dan alat ganti kejuruteraan pembinaan, sistem keselamatan, produk rumah pintar, produk digitalisasi untuk bahagian pengurusan bangunan dan industri teknologi digital," katanya.

Bursa Malaysia meminta meminta Metronic menyediakan asas dan justifikasi untuk kumpulan itu menjana RM100 juta dalam tempoh lima tahun akan datang daripada penerokaan baharu tersebut.

Metronic berkata nilai barangan kasar RM100 juta itu adalah berdasarkan purata 4,450 barangan dagangan dengan harga purata RM2,000 seunit yang diurus niaga setahun.

Bagaimanapun, bagi tahun pertama ia hanya menganggarkan sebanyak 1,500 barang niaga dan seterusnya pada kadar pertumbuhan tahunan dikompaun (CAGR) sebanyak 77 peratus," katanya.

Metronic berkata ia memulakan perniagaan perniagaan IOT, teknologi logistik dan e-dagangnya pada 16 Julai, 2019 melalui penglibatan dalam pembangun sistem dengan pembangunan perisian serta platform telah dijalankan dalam beberapa fasa.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan