AM

Onn Hafiz seru Duta Perpaduan Johor turut serta majukan agenda pembangunan negeri

07/08/2022 10:07 PM

JOHOR BAHRU, 7 Ogos (Bernama) -- Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi hari ini menyeru golongan belia terutama mereka yang dilantik sebagai Duta Perpaduan Johor 2022 agar turut serta dalam memajukan agenda pembangunan di negeri itu.

Beliau berkata jatuh bangun Johor terletak di bahu anak muda kerana mereka merupakan pewaris kepada kepimpinan negeri itu yang akan tidak mampu berdepan situasi jika barisan pemimpin pelapisnya tidak sehaluan.

"Saya menyeru kepada semua anak muda dan Duta Perpaduan khasnya untuk turun ke akar umbi serta pastikan rakan-rakan anda turut terlibat dalam memajukan agenda pembangunan negeri Johor. 

"Bekerjasamalah dengan kerajaan negeri untuk memberi cadangan yang konstruktif demi masa depan belia. Saya akan sentiasa bersama anda semua dalam setiap langkah yang diambil," katanya dalam hantaran di laman Facebook hari ini.

Terdahulu, Onn Hafiz meluangkan masa bertemu dengan 200 anak muda yang telah diangkat menjadi Duta Perpaduan Johor 2022.

"Tahniah dan syabas saya ucapkan. Melalui program ini, saya yakin mereka akan lebih mendukung semangat perpaduan dan nilai kebersamaan antara kaum demi masa depan yang lebih cerah untuk negeri ini, " katanya. 

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan