AM

AGONG, RAJA PERMAISURI ZAHIR UCAPAN TAHNIAH ATAS KEJAYAAN JOE EE SUMBANG DUA EMAS DI BIRMINGHAM

07/08/2022 03:01 PM

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada atlet gimrama negara Ng Joe Ee, atas kejayaannya merangkul dua pingat emas di Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Turut menzahirkan ucapan tahniah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Ucapan tahniah Seri Paduka berdua dikongsi menerusi laman Facebook rasmi Istana Negara hari ini.

Joe Ee yang membuat penampilan sulung di temasya itu, menyumbang emas menerusi disiplin bola dan riben, selepas merekodkan masing-masing 29.700 dan 27.800 mata dalam aksi akhir di Arena Birmingham itu, semalam.

Dua emas itu sekali gus membantu kontinjen negara mencapai sasaran enam pingat emas di Sukan Komanwel 2022.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan