AM

Kerajaan peruntuk RM50 juta di bawah Program Pembiayaan PEMULIH NewBiz

06/08/2022 12:12 PM

SERDANG, 6 Ogos (Bernama) -- Kerajaan memperuntukkan RM50 juta untuk individu termasuk siswazah yang berminat memulakan perniagaan mikro berasaskan makanan di rumah menerusi Program Pembiayaan PEMULIH NewBiz, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata program pembiayaan melalui Agrobank itu turut meliputi pemohonan untuk membeli mesin bagi tujuan perniagaan makanan atau pembelian motosikal bagi tujuan penghantaran makanan menerusi platform e-hailing.

Berucap merasmikan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro Malaysia (MAHA) 2022 di sini hari ini, Ismail Sabri berkata program itu menawarkan pembiayaan sebanyak RM5,000 bagi peringkat pertama dan RM10,000 bagi peringkat kedua.

"Pemohon diberikan moratorium bagi tempoh enam bulan pertama dan dikenakan tiga peratus kadar keuntungan bagi bulan ketujuh dengan tempoh maksimum pembiayaan sehingga 60 bulan atau lima tahun," katanya.

Turut hadir pada perasmian MAHA 2022 itu ialah Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan