KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) -- Perisikan perniagaan yang boleh dipercayai dan terkini perlu boleh diakses agar Malaysia lebih berdaya saing dalam konteks ekonomi global, demikian menurut Forum Perniagaan Global Malaysia (MGBF).
Pengerusi pengasas Nordin Abdullah berkata pelabur domestik dan asing kini semakin membuat keputusan pelaburan berasaskan data.
“Data yang ditanda dengan efektif dapat memastikan data perniagaan dan ekonomi diperoleh dengan betul berdasarkan industri secara meluas dan ini akan memperkasakan penggubal dasar, pengawal selia, penyedia pembiayaan persendirian dan sebarang peruntukan pembiayaan awam melalui geran atau subsidi dengan pendekatan berasaskan data.
"Terdapat peluang untuk mereka membentuk masa depan yang diingini melalui daya tahan data, dan pengguna kekal sebagai pemegang kepentingan terpenting dalam persamaan keseluruhan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, MGBF berkata ketika ekonomi global terus menangani tahap gangguan yang belum pernah berlaku sebelum ini yang disebabkan oleh pandemik serta konflik antara Rusia dan Ukraine, pemusatan keselamatan tenaga dan isu keselamatan makanan telah menjadi tumpuan utama bagi penggubal dasar dan pengguna.
Di Malaysia, ini terutamanya dengan kemunculan beberapa isu berkaitan pengeluaran ayam itik.
MGBF telah mengeluarkan laporan bertajuk ‘Malaysia’s Poultry Ecosystem: An Analysis of Business Data’, dengan memfokuskan kepada 627 syarikat.
Menurut laporan itu, daripada 402 syarikat yang telah memfailkan data kewangan dalam tempoh 12 bulan lepas, lebih separuh (55.12 peratus) mencatatkan keuntungan, manakala 30 syarikat memfailkan kerugian melebihi RM1 juta.
Selain itu, 13 entiti perniagaan melaporkan kerugian melebihi RM9 juta.
Laporan itu boleh dimuat turun di www.malaysiaglobalbusinessforum.com dan laman MGBF LinkedIn.
MGBF ditubuhkan untuk memperkasa pihak berkepentingan di persilangan perniagaan antarabangsa dan Malaysia.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial