BRUSSELS, 2 Julai (Bernama) -- Ketua Suruhanjaya Kesatuan Eropah (EU) berkata EU sedang menyediakan satu pelan mengenai krisis tenaga dan ia dijangka diumumkan pada pertengahan Julai, lapor Agensi Anadolu.
“Harga tenaga semakin tinggi. Orang ramai mengharapkan kami melakukan sesuatu mengenainya," kata Ketua Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen dalam sidang media.
Beliau berkata EU juga sedang berusaha untuk mencari jalan beralih daripada minyak dan gas asli Rusia kepada pembekal lain, mengurangkan permintaan melalui penjimatan dan kecekapan tenaga serta akhirnya bertukar kepada tenaga boleh diperbaharu.
“Suruhanjaya itu sedang mengusahakan pelan kecemasan untuk menangani kemungkinan kekurangan gas jika Rusia memutuskan untuk menangguhkan penghantarannya,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial