AM

Cabaran Laut Antarabangsa Labuan 2022 kembali selepas dua tahun

30/06/2022 05:44 PM

LABUAN, 30 Jun (Bernama) -- Selepas terhenti selama dua tahun ekoran pandemik COVID-19, Labuan sekali lagi menganjurkan acara sukan laut terkenal, Cabaran laut Antarabangsa Labuan (LISC) ke-24, selama tiga hari bermula esok.

Pertandingan memancing laut dalam akan membuka tirai cabaran bermula esok di jeti Marina Awam Labuan diikuti Cabaran Pecut Kayak 2022 di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan, Sabtu ini, manakala hari terakhir cabaran Ahad ini menyaksikan acara Cabaran Kayak Pulau Papan, bola tampar pantai, pameran menangkap ikan serta acara tarik tali di kompleks berkenaan.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, Rithuan Ismail, berkata skala cabaran tahun ini dikurangkan dengan ketara tetapi masih memberi impak sosioekonomi  di pulau bebas cukai itu.

“Acara ini dijangka menarik lebih 10, 000 pengunjung termasuk ahli keluarga peserta ke pulau itu. Ia juga akan membantu perniagaan tempatan sepanjang acara tiga hari itu," katanya.

Acara tahunan itu, yang bermula pada 1997, memberikan Labuan satu imej positif di peringkat antarabangsa dengan penyertaan peserta asing  terutama pertandingan memancing laut dalam yang sebelum ini dikenali sebagai Pertandingan Memancing Antarabangsa Labuan Rolex IGFA.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan