BEAUFORT, 24 Mac (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir dari Kampung Suasa yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Datuk Mohd Dun Banir di sini kekal 43 orang pagi ini.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan jumlah itu melibatkan mangsa daripada 14 keluarga dipindahkan ke PPS itu, Selasa lepas.
"PPS berkenaan mula dibuka pada Isnin lepas sebagai persediaan menghadapi bencana banjir berikutan hujan berterusan sejak beberapa hari lalu," menurut kenyataan itu.
Sementara itu kenyataan jawatankuasa itu turut memaklumkan seramai 653 mangsa daripada 115 keluarga masih berada di tiga PPS Daerah Tawau akibat kejadian kebakaran rumah atas air di Kampung Kurnia Jaya, Tawau pada 17 Mac lepas.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial