KYIV, 15 Mac (Bernama) -- Kira-kira 150,000 orang telah dipindahkan dari zon konflik di Ukraine ke tempat selamat melalui koridor kemanusiaan setakat ini, kata Timbalan Perdana Menteri Ukraine, Iryna Vereshchuk, pada Isnin lapor Xinhua.
“Orang ramai masih terdedah kepada bahaya di sepanjang koridor kemanusiaan,” kata Vereshchuk pada taklimat media.
Selepas beberapa pusingan rundingan, Ukraine dan Rusia bersetuju menubuhkan koridor kemanusiaan untuk memindahkan orang awam.
Menurut Agensi Berita Interfax-Ukraine, Timbalan Ketua Pejabat Presiden Ukraine, Kyrylo Tymoshenko, berkata Ukraine telah menubuhkan 26 koridor kemanusiaan di enam wilayah untuk memindahkan orang awam.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial