KUALA LUMPUR, 9 Feb -- Russian House di Kuala Lumpur, juga dikenali sebagai Pusat Sains dan Kebudayaan Rusia, akan menganjurkan kejohanan catur antarabangsa tahunan pada Sabtu, bersempena dengan Hari Pekerja Diplomatik Rusia yang disambut pada 10 Feb.
Acara yang dianjurkan bersama oleh Persekutuan Catur Malaysia dan Persekutuan Catur Rusia itu juga bersempena ulang tahun ke-55 penubuhan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Rusia, menurut kenyataan Kedutaan Rusia di Malaysia, hari ini.
“Kedua-dua kakitangan misi diplomatik negara asing yang diiktiraf di Malaysia dan semua peminat catur, tanpa mengira umur, boleh menyertai kejohanan itu, yang membawa slogan Persekutuan Catur Antarabangsa (FIDE) - "Kita semua adalah satu keluarga".
“Penyertaan adalah percuma, dan hadiah adalah secara simbolik,” kata kenyataan itu.
Satu pameran foto bertemakan "Muzium Catur" oleh Persekutuan Catur Rusia juga akan diadakan pada acara itu.
Antara pameran unik termasuk gambar set catur, yang digunakan dalam perlawanan catur pertama "Cosmos-Earth"(Angkasa-Bumi) pada 9 Jun 1970 – acara permainan bersejarah antara angkasawan kapal angkasa Soyuz-9, tambah kenyataan itu.
Untuk maklumat lanjut mengenai kejohanan catur, sila hubungi Pusat Sains dan Kebudayaan Rusia di Kuala Lumpur melalui telefon: 03-2144-4001 atau melalui e-mel malaysia@rs.gov.ru.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial