DUNIA

AS, Diplomat Ukraine bincang ketegangan Rusia-Ukraine

05/02/2022 07:00 PM

ANKARA, 5 Feb -- Setiausaha Negara Amerika Syarikat Antony Blinken dan Menteri Luar Ukraine Dmytro Kuleba mengadakan perbincangan mengenai krisis Rusia-Ukraine melalui paggilan telefon, lapor Agensi Anadolu (AA).

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, jurucakap Jabatan Negara AS Ned Price berkata: "Mereka membincangkan mengenai tentera Rusia ditempatkan di sepanjang sempadan Ukraine dan langkah-langkah yang diambil Ukraine dan Amerika Syarikat untuk menggalakkan Rusia meneruskan diplomasi berbanding peperangan serta memastikan keselamatan dan kestabilan."

Berkongsi dengan Kuleba mengenai pertemuannya dengan Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov baru-baru ini, Blinken juga mengulangi "kesediaan menangani kebimbangan keselamatan bersama dan sokongan tidak berbelah bahagi Amerika Syarikat terhadap kedaulatan dan integriti wilayah Ukraine."

"Blinken juga menjelaskan kesediaan AS, bersama sekutu dan rakan kongsinya, untuk mengenakan tindakan yang cepat dan tegas ke atas Rusia jika ia memilih untuk menyerang," kata Price.

Rusia baru-baru ini menghimpunkan puluhan ribu tenteranya berhampiran sempadan timur Ukraine, mencetuskan kebimbangan bahawa Kremlin merancang satu lagi serangan ketenteraan terhadap bekas jirannya Soviet.

Moscow menafikan bahawa ia sedang bersedia untuk menyerang dan berkata tenteranya berada di sana untuk sesi latihan.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan