KUALA LUMPUR, 5 Feb -- Aliran trafik menuju ke Lembah Klang di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) mulai sesak pada pagi ini susulan orang ramai mula pulang ke ibu kota selepas cuti Tahun Baharu Cina.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi Bernama berkata setakat 11.20 pagi ini kesesakan dilaporkan berlaku di laluan ke arah selatan di Hentian Juru menuju ke Plaza Tol Juru di Pulau Pinang dan laluan mendaki di Bukit Berapit di Changkat Jering menuju ke Kuala Kangsar.
“Kesesakan turut dilaporkan di Ipoh Selatan menuju ke Simpang Pulai dan Bidor ke Sungkai, trafik bagaimanapun berjalan lancar dari arah selatan menuju ke ibu kota dan dari pantai timur ke Kuala Lumpur,” katanya.
Katanya lagi, kesesakan dijangka berlarutan sehingga lewat petang dan menasihati pengguna lebuh raya untuk mematuhi jadual perjalanan yang dikeluarkan oleh pengendali lebuh raya.
“Pengguna juga dinasihatkan untuk memastikan baki kad Touch 'n Go (TnG) dan Frekuensi Radio (RFID) mencukupi untuk mengelakkan kesesakan di plaza tol,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial