SUKAN

SAFA terima tajaan RM500,000 daripada redONE

04/02/2022 09:13 PM

KOTA KINABALU, 4 Feb -- Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) telah menerima tajaan bernilai RM500,000 daripada penaja utamanya Red One Holding Bhd (redONE).

Tajaan itu diserahkan kepada SAFA oleh Pengerusi redONE Tan Sri T.C Goh semasa majlis makan malam bagi mengumpul dana anjuran persatuan bola sepak itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah di sini pada Khamis.

Goh, yang juga Presiden Persekutuan Persatuan Cina Sabah, berharap tajaan itu mampu membantu meningkatkan prestasi pasukan bola sepak Negeri di Bawah Bayu.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin, yang juga Presiden SAFA, pula berterima kasih kepada redONE atas sokongannya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan