FOKUS BERNAMA

Kes Aktif COVID-19 Melepasi 61 Ribu, Jumlah Kematian 32 Ribu

04/02/2022 04:41 PM

Oleh Melati Mohd Ariff

Berikut adalah Rangkuman Mingguan Bernama mengenai COVID-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 29 Jan hingga pukul 12:00tgh 4 Feb 2022.

Kes kumulatif COVID-19 di Malaysia melepasi 2.88 juta kes. Di peringkat global, lebih 388 juta kes dilaporkan dengan kes kematian melebihi 5.7 juta. Lebih 307 juta pesakit COVID-19 dilaporkan sembuh.

Pandemik COVID-19 yang masuk tahun kedua sudah merebak ke 225 buah negara dan wilayah.

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 dalam negara melonjak kepada 61,426 kes apabila 5,720 lagi kes dilaporkan semalam sementara kumulatif kes kematian setakat ini sebanyak 32,000.

Kes kumulatif COVID-19 Malaysia meningkat kepada 2,887,780 sejak pandemik COVID-19 melanda negara dengan tiga kes pertama, melibatkan tiga warga China, yang memasuki negara ini melalui Johor dari Singapura, dikesan pada 25 Januari 2020.

Sebelum semalam, kes harian baharu COVID-19 sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (29 Januari hingga 3 Februari 2022) melepasi paras lima ribu selama tiga hari iaitu pada 29 Januari (5,139 kes), 1 Februari (5,566 kes) dan 2 Februari (5,736 kes).

Malaysia kembali mencatat kes harian baharu melebihi lima ribu selama dua hari berturut-turut pada 27 Januari (5,439) dan 28 Januari (5,522). Untuk rekod, kali terakhir, negara mencatat kes harian baharu COVID-19 atas lima ribu ialah pada 10 Disember 2021 (5,058 kes).

Sepanjang tempoh Rangkuman ini, Selangor kekal negeri terbanyak merekod kes COVID-19 seperti berikut:- (+kes import).

29 Jan - 1,287 (+41), 30 Jan - 1,212 (+57), 31 Jan - 1,132 (+34), 1 Feb - 1,205 (+53), 2 Feb - 1,385 (+39) dan 3 Feb - 1,519 (+44).

pic-5

Bagaimanapun, negara dijangka dapat menangani sebarang lonjakan kes berdasarkan kenyataan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam ciapan di Twitternya pada 1 Februari lepas, “Malaysia dilihat lebih bersedia untuk menangani lonjakan kes COVID-19 varian Omicron selain berpengalaman dalam melindungi golongan rentan.”

Menurut beliau, berbanding Jun hingga September 2021, Malaysia lebih bersedia susulan pelaksanaan vaksinasi di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

"Lebih sebulan lepas, saya berkata bahawa kita menjangkakan Omicron akan menjadi dominan di sini seperti yang berlaku di tempat-tempat lain dan apabila ia berlaku, kes akan meningkat. Itulah, sebabnya kita mempercepatkan program pemberian suntikan dos penggalak.”

Data kes harian baharu KKM bagi tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (29 Januari hingga 3 Februari 2022 adalah seperti berikut:-

29 Jan (5,139 kes), 30 Jan (4,915), 31 Jan (4,774), 1 Feb (5,566), 2 Feb (5,736 kes) dan 3 Feb (5,720).

 

pic-2

Menurut data COVIDNOW Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sehingga pukul 11:59malam 3 Februari, untuk kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 sebanyak 61,426 kes, daripada jumlah itu, sebanyak 53,805 (87.6 peratus) dikuarantin di rumah.

Sementara itu, sebanyak 4,209 kes (6.9 peratus) di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC); 3,298 kes (5.4 peratus) di hospital; 58 kes (0.1 peratus) di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa memerlukan Alat Bantuan Pernafasan (ABP) sementara 56 kes (0.1 peratus) di ICU memerlukan ABP.

Untuk tempoh Rangkuman Bernama ini, kluster pendidikan masih mengatasi kluster lain dengan sebanyak 42 kes (66.7 peratus) daripada jumlah keseluruhan kes sebanyak 63 kes. Data kluster pendidikan untuk seluruh negara bagi tempoh Rangkuman ini seperti berikut:-

29 Jan (5), 30 Jan (7), 31 Jan (12), 1 Feb (5), 2 Feb (4) dan 3 Feb (9).

 

pic-3

Dengan kes kumulatif sebanyak 2,887,780 kes, Malaysia kini di tangga 27 daripada 222 buah negara/wilayah yang dilanda Pandemik COVID-19. Di hadapan Malaysia ialah Jepun (2,904,438 kes) dan Israel (3,049,005 kes).

Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah semalam, daripada 5,720 kes harian baharu, hanya 43 kes (0.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; sementara 5,677 kes (99.2 peratus) lagi terdiri daripada kategori 1 dan 2.

KKM meletakkan pesakit COVID-19 yang memerlukan ventilator yang dianggap kritikal di kategori 5. Kategori 4 untuk pesakit yang memerlukan bantuan oksijen dan kategori 3 pula yang menghidap radang paru-paru. Kategori 1 (tiada gejala) dan kategori 2 (gejala ringan).

Kes sembuh pesakit COVID-19 yang dilaporkan semalam adalah sebanyak 3,968 dan menjadikan kes kumulatif sembuh sebanyak 2,794,354 kes (96.8 peratus).

Sementara itu, sebanyak 85 kes di Unit Rawatan Rapi disahkan sebagai COVID-19 setakat 3 Februari dan hanya 39 kes daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau Ro/Rt untuk seluruh negara sepanjang tempoh Rangkuman ini masih di atas paras 1.00. Data untuk Rangkuman Mingguan ini seperti berikut:-

29 Jan (1.14), 30 Jan (1.14), 31 Jan (1.15), 1 Feb (1.15), 2 Feb (1.14) dan 3 Feb (1.11).

Negeri yang mencatat Ro/Rt yang tinggi pada 3 Februari 2022 ialah Perlis (1.25), Johor (1.20) dan Pulau Pinang (1.17).

R-Naught (Ro/Rt) ialah kebolehjangkitan satu kes positif COVID-19 kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan. Ro 0.5 diperlukan untuk melandaikan lekuk jangkitan koronavirus maut ini.

 

SENARIO COVID-19 DI MALAYSIA

pic-7

Perincian kes harian baharu (5,720 kes) mengikut negeri setakat pukul 11:59 mlm 3 Februari 2022, adalah seperti berikut:- (+kes import)

Kes harian baharu empat angka - Selangor 1,519 (+44);

K es harian baharu tiga angka - Johor 911 (+21), Kedah 476 (+10), Kelantan 252 (+6), Melaka 296 (+5), Negeri Sembilan 210 (+0), Pahang 329 (+1), Perak 215 (+3), Pulau Pinang 379 (+8), Sabah 475 (+1), dan WP Kuala Lumpur 331 (+27).

Kes harian baharu dua angka - Terengganu 98 (+2), WP Putrajaya 43 (+1), Perlis 31 (+1) dan Sarawak 20 (+0).

Kes harian baharu satu angka - WP Labuan 5 (+0).

 

Rekod kes baharu, penularan tempatan dan yang berkaitan:-

29 Jan - Kes baharu: 5,139 kes (2,861,069 kes kumulatif); Kes import: 226 kes [139 warganegara (61.5%); 87 bukan warganegara (38.5%)]; Kes tempatan: 4,913 kes [4,714 warganegara (95.9%); 199 bukan warganegara (4.1%)];

30 Jan - Kes baharu: 4,915 kes (2,865,984 kes kumulatif); Kes import: 188 kes [111 warganegara (59.0%); 77 bukan warganegara (41.0%)]; Kes tempatan: 4,727 kes [4,573 warganegara (96.7%); 154 bukan warganegara (3.3%)];

31 Jan - Kes baharu: 4,774 kes (2,870,758 kes kumulatif); Kes import: 152 kes [76 warganegara (50.0%); 76 bukan warganegara (50.0%)]; Kes tempatan: 4,622 kes [4,448 warganegara (96.2%); 174 bukan warganegara (3.8%)];

1 Feb - Kes baharu: 5,566 kes (2,876,324 kes kumulatif); Kes import: 227 kes [101 warganegara (44.5%); 126 bukan warganegara (55.5%)]; Kes tempatan: 5,339 kes [5,194 warganegara (97.3%); 145 bukan warganegara (2.7%)];

2 Feb - Kes baharu: 5,736 kes (2,882,060 kes kumulatif); Kes import: 183 kes [81 warganegara (44.3%); 102 bukan warganegara (55.7%)]; Kes tempatan: 5,553 kes [5,360 warganegara (96.5%); 193 bukan warganegara (3.5%)];

3 Feb - Kes baharu: 5,720 kes (2,887,780 kes kumulatif); Kes import: 130 kes [69 warganegara (53.1%); 61 bukan warganegara (46.9%)]; Kes tempatan: 5,590 kes [5,405warganegara (96.7%); 185 bukan warganegara (3.3%)].

 

Sementara itu, jumlah kluster aktif dalam negara kembali meningkat dan setakat Khamis, 3 Februari 2022, jumlah yang direkodkan KKM sebanyak 332. Secara keseluruhan, sebanyak 6,457 kluster dikesan dan 6,125 daripadanya, ditamatkan. Untuk rekod, jumlah kluster aktif pada Khamis, 28 Januari 2022 sebanyak 289 kluster.

Sepanjang tempoh Rangkuman Mingguan Bernama (29 Jan hingga 3 Februari 2022), berdasarkan data KKM, sebanyak 63 kluster baharu direkod.

Kluster terbanyak adalah kluster pendidikan, 42 kluster (66.7 peratus) diikuti kluster tempat kerja, 10 kluster 15.9 peratus); kumpulan berisiko tinggi, 5 (8.0 peratus); komuniti, 4 (6.3 peratus) dan pusat tahanan, 2 (3.2 peratus).

 

Rekod kluster baharu dan perincian kluster:-

29 Jan - 5 (pendidikan 5);

30 Jan - 14 (tempat kerja 3, komuniti 2, pendidikan 7, kumpulan berisiko tinggi 1 dan pusat tahanan 1);

31 Jan - 14 (tempat kerja 1, pendidikan 12 dan kumpulan berisiko tinggi 1);

1 Feb - 7 (tempat kerja 2 dan pendidikan 5);

2 Feb - 8 (tempat kerja 2, komuniti 1, pendidikan 4 dan kumpulan berisiko tinggi 1);

3 Feb - 15 (tempat kerja 2, komuniti 1, pendidikan 9, kumpulan berisiko tinggi 2 dan pusat tahanan 1).

 

Kes aktif dengan kebolehjangkitan:-

29 Jan (51,397), 30 Jan (53,248), 31 Jan (54,777), 1 Feb (57,152), 2 Feb (60,117) dan 3 Feb (61,426).

 

PERKEMBANGAN LAIN DALAM NEGARA

pic-4

Pecahan pesakit COVID-19 mengikut kategori:-

* Kategori 5 dianggap kritikal dan memerlukan ventilator; kategori 4 memerlukan bantuan oksijen dan kategori 3 pula yang menghidap radang paru-paru. Kategori 1 (tiada gejala) dan kategori 2 (gejala ringan).

 

Daripada 5,139 kes harian yang dilaporkan pada 29 Januari 2022;

  • 50 kes (1.0 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 5,089 kes (99.0 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 4,915 kes harian yang dilaporkan pada 30 Januari 2022;

  • 39 kes (0.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 4,876 kes (99.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 4,774 kes harian yang dilaporkan pada 31 Januari 2022;

  • 36 kes (0.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 4,738 kes (99.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 5,566 kes harian yang dilaporkan pada 1 Februari 2022;

  • 51 kes (0.9 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 5,515 kes (99.1 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 5,736 kes harian yang dilaporkan pada 2 Februari 2022;

  • 46 kes (0.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 5,690 kes (99.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Daripada 5,720 kes harian yang dilaporkan pada 3 Februari 2022;

  • 43 kes (0.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 5,677 kes (99.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

 

Rekod kes sembuh untuk tempoh Rangkuman Mingguan ini:-

29 Jan (3,767), 30 Jan (3,056), 31 Jan (3,232), 1 Feb (3,187), 2 Feb (3,196) dan 3 Feb (3,968).

* kes kumulatif sembuh sehingga 3 Feb 2022 sebanyak 2,794,354 kes (96.8 peratus).

 

Rekod kes kematian:-

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif COVID-19 selepas ujian makmal PT PCr dijalankan.

29 Jan - 5 (BID 3), 30 Jan - 8 (BID 1), 31 Jan - 13 (BID 4), 1 Feb - 7 (BID1), 2 Feb - 7 (+2) dan 3 Feb - 8 (BID 0).

*Jumlah kes kematian sehingga pukul 11:59 mlm 3 Feb 2022, sebanyak 32,000 kes.

 

STATISTIK GLOBAL COVID-19

pic-6

Jumlah kes COVID-19 global terkini (worldometer) adalah sebanyak 388,470,242 (Rangkuman Mingguan lalu 369,950,532 kes) dengan 5,731,352 kematian (Minggu lalu 5,666,351 kematian). Kes pesakit sembuh sebanyak 307,817,469 berbanding 292,209,177 kes minggu sebelumnya.

Sebanyak 225 negara dilanda pandemik COVID-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Brazil, United Kingdom, Perancis, Rusia, Turki, Itali, Jerman dan Sepanyol. (Terkini menyertai senarai - Tonga, Saint Helena dan Micronesia).

Pecahan kes COVID-19 untuk 10 negara teratas dan (+rekod kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

Amerika Syarikat 77,143,450 kes (+ 249,032);

India 41,950,501 kes (+ 147,183);

Brazil 26,099,735 kes (+ 286,050);

Perancis 20,147,341 kes (+ 274,352);

United Kingdom 17,607,832 kes (+ 88,171);

Rusia 12,284,564 kes (+ 155,768);

Turki 11,940.695 kes (+ 107,530);

Itali 11,348,701 kes (+ 112,691);

Jerman 10,543,318 kes (+ 240,218);

Sepanyol 10,199,716 kes (+ 74,368).

 

Negara China, di mana bermulanya wabak COVID-19 pada penghujung Disember 2019 di tangga 120 dengan 106,241 kes (+ 39 kes harian baharu).

Di samping Malaysia, dalam kalangan negara di Asia Tenggara, Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam, Myanmar, Singapura, Laos dan Kampuchea, turut menyertai senarai 112 buah negara yang mencatat lebih 100 ribu kes COVID-19.

 

Pecahan kes kumulatif COVID-19 dan (+kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

Indonesia di tangga 17 - 4,414,483 kes (+ 27,197);

Filipina di tangga 20 - 3,585,461 kes (+ 8,702);

Malaysia di tangga 27 - 2,887,780 kes (+ 5,720);

Thailand di tangga 30 - 2,465,723 kes (+ 9,172);

Vietnam di tangga 33 - 2,304,095 kes (+ 8,601);

Myanmar di tangga 74 - 536,904 kes (+ 368);

Singapura di tangga 87 - 366,473 kes (+ 4,297);

Laos di tangga 112 - 135,301 kes (+ 400);

Kampuchea di tangga 116 - 121,484 kes (+ 46);

Brunei di tangga 173 - 16,691 kes (tiada maklumat).

 

LATAR BELAKANG COVID-19

-- Penularan wabak COVID-19 yang pada awalnya dipanggil virus Wuhan berlaku ketika masyarakat Cina di seluruh dunia termasuk di China membuat persiapan untuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina.

-- Virus dikesan di Wuhan, ibu negeri wilayah Hubei, China pada 31 Dis 2019 selepas WHO dimaklumkan terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar tersebut.

-- WHO memberi nama rasmi virus "2019-nCoV" iaitu COVID-19, singkatan untuk Corona Virus Disease 19. Virus ini dilaporkan mempunyai komponen genetik yang paling serupa yang terdapat pada ular dan kelawar.

-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 11 Mac akhirnya melabelkan wabak penyakit COVID-19 sebagai pandemik.

-- WHO menyifatkan wabak penyakit COVID-19 sebagai 10 kali ganda lebih berbahaya daripada Influenza A H1N1atau lebih dikenali sebagai Selesema Babi (Swine Flu).

-- Kes pertama 2019-nCoV di Malaysia disahkan pada 25 Jan membabitkan tiga (3) warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Jan.

-- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan empat VOC sebagai kebimbangan global iaitu United Kingdom (B.117), Afrika Selatan (B.1.351), Brazil (P.1) dan India (B.1.617).

-- WHO berikutnya mengumumkan varian COVID-19 akan dikenali menggunakan huruf Greek bagi mengelakkan mana-mana negara dikaitkan dengan stigma pandemik itu.

-- Variant of Concern (VOC) seperti berikut:- *varian Beta (B.1.351); *varian Alpha (B.1.1.7); dan *varian Delta (B.1.617.2), pertama kali dikesan di India pada penghujung tahun 2020.

-- Variant of Interest (VOI) seperti berikut:- *varian Theta (P.3); *varian Eta (B.1.525); dan *varian Kappa (B.1.617.1)

-- WHO mengumumkan kes VOC B.1.1.529 yang kemudiannya dinamakan Omicron pada 26 Nov 2021. Varian Omicron pertama kali dikesan di Wilayah Gauteng, Afrika Selatan.

-- Saintis di Institute IHU Mediterranee Infection, Perancis, mengenalpasti varian baharu pada penghujung November 2021, secara saintifik dikenali sebagai B.1.640.2 dengan mempunyai 46 mutasi dan menggelarkannya, IHU.

-- Israel mengesahkan kes pertama individu dijangkiti ‘Flurona’ iaitu kes Influenza dan COVID-19 secara serentak (2 Jan 2022).

 

BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan