PORT DICKSON, 31 Jan -- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan mengeluarkan 222 saman kepada pengguna jalan raya menerusi Operasi Khas Motosikal sempena Tahun Baharu Cina di Kilometer 28 Lebuhraya Seremban-Port Dickson, di sini, semalam.
Pengarahnya Hanif Yusabra Yusuf berkata lebih separuh daripada saman yang dikeluarkan dalam operasi yang bermula pukul 3 petang itu adalah bagi kesalahan tiada lesen memandu dan cukai jalan tamat tempoh.
“Tiada lesen memandu kompeten (CDL), kenderaan barangan (GDL) dan lain-lain merekodkan 75 kesalahan, manakala tiada lesen memandu serta cukai jalan 71 saman. Selain itu 46 notis dikeluarkan terhadap pelbagai kesalahan teknikal seperti nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, ubah suai ekzos, cermin gelap dan tayar haus," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata operasi selama tiga jam itu melibatkan pemeriksaan terhadap 666 kenderaan membabitkan 323 motosikal, kereta (256), kenderaan barangan (35), kenderaan perkhidmatan awam (15) dan lain-lain kenderaan (37).
Menurutnya operasi khas berkenaan merupakan usaha berterusan JPJ dalam memastikan keselesaan dan keselamatan pengguna jalan raya, selain dapat mengurangkan kadar kemalangan dan kematian khususnya melibatkan motosikal.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial